Published by Rozita Zaleha
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ke blog insideoutfoodies.
Harini saya ada tajuk interesting. Ha.. seperti tajuk di atas, barat dan ulaman. Saya suka makanan barat tak kesahlah main course ke, dessert ke, sarapan ke. Tapi semalam saya makan ulam, tiba-tiba saya terfikir kenapa takde lagi orang gabungkan kedua-dua makanan yang saya suka makan iaitu makanan barat dan ulaman? Lagi-lagi zaman sekarang orang muda tak minat sangat dengan ulaman. Saya nak suap ulam kat anak saya pun susah haha.. Mungkin orang takut nak wujudkan sebab takut pelik atau tak laku tapi saya suka makan ulam-ulaman ni tapi itu jelah cara saya dapat nikmati ulaman. Takde lagi yang wujudkan dalam bentuk lain atau campurkan dalam makanan lain. Kalau ada pun campur dengan lauk ke kan. Jadi, kalau kita variasikan lagi makanan-makanan tempatan Malaysia lagi-lagi ulaman lah, mana tau kita dapat offer keunikan ni mula-mula secara kecil-kecilan di Malaysia and seterusnya ke ke negara luar. Sebab mereka takdelah makan ulam-ulam ni, biasanya makan macam orang kata mewah gitu. Ha mana tau dengan kita gabungkan ni dan jadikan dia sedap, boleh tandangi pasaran makanan barat sekarang.
Okay itu sahaja untuk harini, bye bye semua orang... jumpa lagi akan datang
Comments
Post a Comment